Monday 26 December 2011

Moment moment yang paling Tidak ku Tunggu !

Assalamualaikum semua ..
Ohmaigod ! korang baca tak tajuk entry kat atas tu ? Mesti korang nak tau kan saat saat apa yang aku tak tunggu sampai siap buat tajuk untuk entry kali ni . Aku paling benci saat saat ni , iaitu saat saat di mana adanya promosi promosi hebat untuk welcome back to school , di mana ibu tersayang mula bertanya " kak loong !! nak buat berapa pasang baju sekolah untuk tahun ni ?  baju kurung baru untuk tahun depan nak berapa helai ? ibu nak gi tempah ni  , and di mana kitaorang 3 beradik akan mula bersoseh soseh tentang barang barang keperluan yang mahu dibeli untuk tahun depan , nasib baik takde lagi yang buat list, hehe# . Disebabkan kitaorang 3 sweet princess , memang lah kitaorang suka kalau bab bab shopping ni esspecially kalau keluar shopping dengan ibu tersayang . Ibu kitaorang sempoi gileer . Bersyukur sebab ada ibu cam ibuu . bakpo yang wak tubik ayat supo keling ni!# . Tapi yang tak suka nya sebab dah kena masuk sekolah . Sedih sebab akan tinggal rumah , tinggal 3 prince in this palace , tinggal lappy , and need to say 'welcome' dengan terpaksa# to our booksss. Arggh ! tak nak fikir lagi la pasal ni . Ada one more week to stay at my belovedpalace , need to luangkan masa betul betul . haha . sekarang nak cakap pasal my list untuk shopping shopping nanti . Ayah ada  bagitau nak pergi gambang sebab nak celebrate birthday ibu , which is on 28 Dec , and masa tu kitaorang akan pergi shopping for our needs . Happy sangaat ! So , we start dengan these question .

Nak beli beg yang camner ekk untuk tahun depan ? Kita survey dulu . Yang pasti theme untuk tahun depan ialah warna warna yang soft gittuh . Kita try search gambar kat yahoo jap . Ya Allah ! Cutenya beg nie . Nak tengok ? Kejap yee .
kiut kan beg ni ?




beg ni pun kiut gak kan kan ?
Kalau ikutkan hati , nak je aku upload semua gambar2 yang ak upload tadi , kiut2 sangat semua beg tu , tpi nanti korang boring pulak baca entry ak . So, let's forget that stupid idea . Nanti silap2 aribulan , ada yang ingat aku nie promoter bag pulak . hoho .

Next item to think is =>  pencil case . Yang mana satu jadi idaman kalbu ni ?



miss whatever are my choices .

Next ! Apa lagi ye ? and mende2 yang wajib laar . Tadaa !





COMPLETE ! 


READY FOR SCHOOL ! haha ..

Sunday 4 December 2011

School holiday.. boring2..

Salam.. dah lama dah maz tak update blog, kan ? Asyik2 tengok entry yang sama je.. Boring gak kan ? huahua..
Cuba korang tengok tajuk entry kali nie , school is oveerr !! Kwang3.. Orang lain dah lama post pasal entry ni tapi aku baru nak update pasal nie.. Biar la, ni kan blog aku , ikut suka aku la nak update hapa pun kan..

Perasaan aku bila school is over ? As student , of course lah happy , student mana yang tak suka scholl holiday kan kan kan. Free from any homework yang bertimbun timbun , free from any class lesson , and free from any teacher's nagging . Hooray ! sorry ckgu#  But the most sad part is when it comes to the next year , we will lost our beloved senior . They will leave us to start their new life out there and we will be the next kakak sulong in the school next year .. Huwaa !! Aku taknak ! Disebabkan kitaorang dah terbiasa dah jadi adik adik , diri ini tak sanggup dah nk jadi kakak.. Well , everyone know kan bila dah jadi kakak nie , everything needs to be control and nice in front of them. Bukan senang nak jadi senior ni kan ? haha ..
So, for all abang abang and kakak kakak yang tengah berjuang sekarang ni , wish you all the best in SPM . Insyaallah 11A+ will be yours . The worst thing is , I'm not ready to be one of SPM 's victim next year . Oh , no ! Help me ! And for sure , we will need to stay up till morning , need to give exteremly focus in the class , no more fishing in the class lesson , need to be more hardworking and everything that all SPM's victinm need to do. huhh , letih#
we will miss you , sis!

So once again , sedihh la pulak#  to all our senior in this year , all the memories that we had done together will be one of my sweetest collection memories in my entire life . Very happy to be with all of you . ignore my broken english#  although sometimes we had done maybe a little mistakes to you all. Forgive us . Wish we can meet again and to have great memory again together .. So sad kan ? And aku rasa aku akhiri entry kali ini dengan bait bait lagu english sikit.

When you're gone , the pieces of my heart are missing you .
When you're gone , blablabala.. tak ingat daa . WE WILL MISS YOU .

Thursday 27 October 2011

Di mana cantiknya seorang muslimah Islam sejati ?


alt

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. 
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik?
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

Sayang korang sampai mati ! saranghaeyo ..

Hai !! korang nampak tak tajuk entry kat atas tu? Korang rasa aku sayang sape? Adakah si dia ? Ohh, tidakk ! haha.. Malam nie aku rajin sikit nak tulis pasal kenangan aku yang korang semua takde. Jangan jeles . huhu
konon-2 nie skola aku laa ekk ..
My life in my first secondary school was started at Imtiaz Kuala Terengganu a.k.a KOSPINT . First2 masuk, memang homesick tahap giler. Ala biasa laa tu, aku kan tak pernah berpisah dengan ibu dan ayah aku ! So, tak weird la aku homesick macam orang giler kat sini. Macam2 telah aku lalui di bumi Hijau KOSPINT nie. Starting from Form One until aku in Form Three, everything pahit, masam, manis, masin telah berjaya aku lalui.. Hebat tak aku? huahua.. Batch aku masa tu ada seramai 105 members dan di bawah satu nama iaitu Batch Nuclear.. b00m!! pElbagai memori indah telah terpahat di hati setiap seorang di antara kami. Tiada apa yang dapat replace kita dalam memori ini except US ! 

Now, aku nak introduce sahabat-2 yang aku sayang gler tahap nak mati kat diaorang.. Diaorang patut bersyukur sebab ada jugak manusia yang rela sayang diaorang macam aku.. haha.. 

Dari kiri tasya, laila, saye dan naya. yang nusuk tu laa, bestfrend ak, lurve you, dear !. 

 Her name is Syilah.. Ilurveyousomuchtilltheendoftheworld..


Yang pic 3 org nie, piqoh, tasya dan syilah.. yang kiut kat tengah tu bestfrend aku.. lurve you dear !




What Happened ?

Assalamualaikum semua !
Sejak aku ada blog nie, rase macam tak sedap je kalau tak update. Bohsan asyik mengadap menda yang sama je. Tapi internet selalu buat hal. Tak memahami langsung keadaan aku sekarang. Pending laa, tu laa, ni laa, macam2 aa. Tensi0n gler ! Okeyh, aritu dah post pasal exam. Sekarang nak post pasal apa pula nie.. apa ekk ? Aku ingat nak buat masuk lagu kat side blog aku tu, tapi aku blur aa nak wat camner. Banyak kali daa aku tengok tutorial, tapi still tak paham paham . Apa nak jadi dengan aku ni? Back to our main topic ! Okeyh.. fokus2!!  Okeyh.. kepala hotak Maztura Hanim yang bergeliga telah mendapat idea . Alhamdulillah..

Thursday 20 October 2011

Dear exam , please be nice to me . ( next year laa pulak )

Hai , semua !
korang nak tau tak, minggu ni memang kepala hotak aku busy gilerr. ye laa, sebagai exam victim, memang kena berkorban sikitt.. Fuhh.. tension tu memang la tension, tapi nak wat camner. Ni lah akibatnya studi last mnit, nanti tengok2 result yang keluar pun daa tak gempak cam dulu.. tapi, pape hal pun, kita kena usaha, doa, ikhtiar last sekali baru tawakal kepada Allah.. extereme jugak soalan2 final exam this year. Nasib baik paper +math daa lepas.. fuuhh, lega.. Lega sikit minggu ni coz JPN dengan baik hatinya bagi gap seminggu kat semua pelajar form 4 untuk merehatkan minda. pastu, baru sambung balik seminggu lagi.. usaha pun daa, ikhtiar pun daa, segala- galanya aku dah buat. sekarang daa tiba masa untuk tawakal kepada-Nya.. Biarlah Dia yang menentukan aku di mana taraf aku selepas semua usaha aku.. untuk information korang, aku take 11 subjek, so memang banyak juga laa aku kena usaha kan ? korang tolong laa jugak doakan yang terbaik untuk aku dalam exam kali ni.. Apa lagi aku nak story ni ? ha ! lupa pula.. aku pun daa makin terbiasa tidur lewat sekarang.. ye laa, bila esok exam subjek2 yang killer, memang malam tu kitaorang wajib stay up, tak kisah daa jam pukul berapa, bantai jee. rentetan dari itu, haha.. kami pun telah lewat ke musolla untuk solat subuh berjemaah.. ni laa padah nya.. dan akak2 senior pun akan mula berfikir yg tidak2 kepada kami. haha.. tpi kami tak kisah.. asalkan kami bahagia.. tapi senior jangan risau, habis jee exam, kitaorang janji kitaorang solat 6 kali sehari kat musolla.. deal ? huahaha.. tgk pic kat bwah tu.. ni laa aku ibarat nya..

feeling sick  . huwaa !

Friday 30 September 2011

Just For Him !


SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK
Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.
Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..
ANGGUN DI MATA ALLAH : SEBUAH KECANTIKAN SEJATI
Kecantikan terdiri dari 2 jenis; kecantikan lahir dan kecantikan batin.
Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya, seperti kecantikan ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya.
Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).
Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini. Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik. Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.
Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? Bukankah periuk orang lain sentiasa putih daripada apa yang kita ada? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki.
Sedangkan nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian. Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain.
Kita ada biduk, tetapi dalam masa yang sama berkehendakkan serempu pula. Tidak terkecuali dengan saya. Siapa yang tidak suka mendengar pujian melangit kerana cantik, bukan?
Ketika zaman bersekolah, semuanya kena bersaing atau sekurang-kurangnya sama dengan kawan-kawan. Pakai baju ketat, seluar sendat, dari tudung sehinggalah kepada kasut, kalau boleh semua mengikut peredaran fesyen. Pendek kata melaram berlebihan. Cuba bayangkan betapa banyak dosa yang terpaksa saya tanggung semata-mata untuk kelihatan trendy seperti itu? Syukurlah kesedaran datang sebelum lebih banyak dosa terkumpul.
Sekarang ini nak pergi mana pun, satu yang sentiasa perlu tanamkan dalam kepala adalah "bersederhana dalam berfesyen". Cukup dengan hanya menempel "wudhu'" di wajah, bertudung dan tidak memakai pakaian ketat yang menonjolkan bentuk badan.
Untuk itu, mari kita belajarlah untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri kita. Sedarlah, kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal kita dilihat oleh mata orang lain, atau 'setrendy' mana pakaian yang telah membaluti tubuh masing-masing. Tetapi secantik mana kita di mata Allah.

Thursday 29 September 2011

Check This Out !

                                            Assalamualaikum..
Hai, korang ! Ari tu aku excited sangat nak buat blog nie , smpai tak ingat  nak introduce myself. Keyh, semua member2 aku panggil aku maztura. So, sumua orang kenal aku dengan nama itu. So, i'm maztura.. Nice to meet all of you. Aku the eldest from 6 org siblings. Kat rumah, aku lah kak long nyee.. Aku salah seorang pelajar sekolah agama. The life of islamic student ni lain sikit dari student2 lain. Satu lagi , aku menetap di hostel , so jangan pelik aa kalau blog ni sunyi atau tidak dihappdate. aku ni pun bukan seorang yang rajin . Apa lagi ekk ? I'm just an ordinary person. Nothing special about me . haha.. Aku dengan kawan2 ambil 11 subjek for SPM. So, korang kena faham betapa busy nye kami sebab kitaorang akan jadi SPM victim next year . haha . Eventually , aku rasa nie jee yang aku patut share dengan korang . And I always use this motto, only trust to Him, we will find our path. =) Assalamualaikum.

Thursday 1 September 2011

salam lEbaran..

raya tahun ni tak gempak macam raya yang lepas2 ..
sebab kitaorang sefamily tak balik kampung ..
which is at kelantan darul naim ..
so sad .. kalau korang nak tau ..
duit raya pun dapat sikit tapi tak kisah la pasal duit raya tu ..
kitaorang nak jumpa dengan saudara2 kitaorang ..
rindu belaka kat korang tau ..
tapi nak buat camner kan , dah memang nasib kitaorang ..
anyway .. selamat hari raya for sape2 yang baca blog maz ni ..
maaf zahir dan batin ..
maz ingat nak upload pic tapi tak sempat lagi la..
kalau ada masa, maz upload kan keyh ?
just wait and see..
ready 4 some action.. haha..=p

Wednesday 31 August 2011

wElcome to my life.. my world , my story and my study..

assalamualaikum everyone ...
berdebar laa pulak tetiba je ada diary baru ni ..
finally siap jugak blog saya yang tak segempak orang lain ni ..
yang penting saya puas hati ..
letih tau saya buat ni sorang diri ..
huhu.. takde orang tolong pun ...
saya rela dan sanggup berhempas pulas, bersekang mata ..
just 4 this tau ..
akhirnya jadik laa jugak kan ..
saya pakat tekan je apa yang saya nak tekan ..
lantak laa ! asal ada rupa macam blog ..
tadaa !! sekarang korang tengok hasilnyee ..
amacam ? .. haha  =p