Sunday 3 June 2012

Sad moment =(

Sedih sedih .
Assalamualaikum . 
Alhamdulillah. Bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana masih memberikan kita semua menghirup udara milikNya pada hari ini. Masih memberikan kita peluang untuk terus hidup untuk melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya dan tidak lupa juga Dia masih terus membuka ruang untuk kita bertaubat atas apa apa sahaja dosa yang telah kita lakukan. Terima kasih Ya Rabbi.
 
Hmm. Mood : Sangatsangat sedih. Tak tahu kenapa rasa macam ni malam ni. Maybe sebab cuti sekolah dah nak habis dan memang sure tak sempat jumpa ibu dan ayah sebelum pergi ke sekolah. Hmm mengeluh# . Dan secara tak sedar nya aku dan adik dah wasted our holiday moment doing our favorite activities yang sangat sangat tak terkawal. Hahaha ketawa besar# . So, untuk entry kali ni nak share dengan korang pasal my holiday with my veryvery beloved adik. K, awin. Please jangan rasa terharu. Kenal tak budak ngada tu? tAk? Hahaha. Okay lah tu dia . Kat bawah tu . 

Tu dia>>> Mazuin Hanissa

  Okay. Sepanjang holiday ni aku banyak spent time dengan budak kat atas ni. Everything I did with her. Almost everything. Pergi pantai pun dengan dia, pergi library pun dengan dia, pergi shopping pun dengan dia, semualah dengan dia. Walaupun kadang kala dia ni agak menyakitkan hati  dan mengetest keimanan dan juga kesabaran kak long nya ni  dengan perangainya yang --- takleh mention kat sini, nanti kena marah#  tapi I really enjoyed myself this holiday with her. Her laugh, her 'loyar buruk', her perangai yang ngadangada, her manjamanja and everything la about her.

So, this is special notes for you my dear.

Dear Awin, SERIESLY , I really love you. Rasa sedih sangat nak habiskan cuti sekolah ni yang hanya tersisa beberapa hari sangat lagi. Tapi seriesly kak long rasa sedih sangat. Sedih. speechless,wipe tears#  Walaupun Awin kemaruk sangat dengan lappy tu, kak long tak kesah. Walaupun kita tak sentuh pun homework cuti ni. Hahaha. Bad habit, we need to change it dear, okayy? Balik sekolah nanti, study elok elok. Awin ada exam PENTING tahun ni. Prove to our parents yang awin boleh ikut jejak langkah kak long. Sia sia sahaja doa ibu dan ayah di Mekah kalau kita di sini tak usaha betul betul. Setiap kejayaan itu sangat manis adikku sayang oleh sebab itu setiap pengorbanan yang kita lalui sangat pahit. Jangan kecewakan ayah dan ibu. Mereka menaruh harapan besar terhadap Awin. So, sayang, jangan sedih sedih. Relakan hati tu untuk pergi sekolah awal dari kak long ye. A lot of love. 

Habis sudah leleh air mata . Ala, malu la pulak. Cuba tengok ayat aku kat atas tu. Skema giler kan? Hahaha.   Apapun, there's for you, adikku. Sekian sahaja entry kali ini. Nak pergi panggil Awin jap suruh baca entry ni . Ye lah kan entry ni kan untuk dia. malumalu, tutup muka# Awin Awin ! Meh turun jap baca entry kak long ! jerit#

Akhirul kalam, semoga Allah senantiasa memberi dan membuka peluang untuk kita terus bertaubat untuk menjejaki syurgaNya. Assalamualaikum. Moga ketemu lagi di lembaran seterusnya.