Friday 30 September 2011

Just For Him !


SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK
Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.
Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..
ANGGUN DI MATA ALLAH : SEBUAH KECANTIKAN SEJATI
Kecantikan terdiri dari 2 jenis; kecantikan lahir dan kecantikan batin.
Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya, seperti kecantikan ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya.
Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).
Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini. Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik. Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.
Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? Bukankah periuk orang lain sentiasa putih daripada apa yang kita ada? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki.
Sedangkan nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian. Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain.
Kita ada biduk, tetapi dalam masa yang sama berkehendakkan serempu pula. Tidak terkecuali dengan saya. Siapa yang tidak suka mendengar pujian melangit kerana cantik, bukan?
Ketika zaman bersekolah, semuanya kena bersaing atau sekurang-kurangnya sama dengan kawan-kawan. Pakai baju ketat, seluar sendat, dari tudung sehinggalah kepada kasut, kalau boleh semua mengikut peredaran fesyen. Pendek kata melaram berlebihan. Cuba bayangkan betapa banyak dosa yang terpaksa saya tanggung semata-mata untuk kelihatan trendy seperti itu? Syukurlah kesedaran datang sebelum lebih banyak dosa terkumpul.
Sekarang ini nak pergi mana pun, satu yang sentiasa perlu tanamkan dalam kepala adalah "bersederhana dalam berfesyen". Cukup dengan hanya menempel "wudhu'" di wajah, bertudung dan tidak memakai pakaian ketat yang menonjolkan bentuk badan.
Untuk itu, mari kita belajarlah untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri kita. Sedarlah, kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal kita dilihat oleh mata orang lain, atau 'setrendy' mana pakaian yang telah membaluti tubuh masing-masing. Tetapi secantik mana kita di mata Allah.

Thursday 29 September 2011

Check This Out !

                                            Assalamualaikum..
Hai, korang ! Ari tu aku excited sangat nak buat blog nie , smpai tak ingat  nak introduce myself. Keyh, semua member2 aku panggil aku maztura. So, sumua orang kenal aku dengan nama itu. So, i'm maztura.. Nice to meet all of you. Aku the eldest from 6 org siblings. Kat rumah, aku lah kak long nyee.. Aku salah seorang pelajar sekolah agama. The life of islamic student ni lain sikit dari student2 lain. Satu lagi , aku menetap di hostel , so jangan pelik aa kalau blog ni sunyi atau tidak dihappdate. aku ni pun bukan seorang yang rajin . Apa lagi ekk ? I'm just an ordinary person. Nothing special about me . haha.. Aku dengan kawan2 ambil 11 subjek for SPM. So, korang kena faham betapa busy nye kami sebab kitaorang akan jadi SPM victim next year . haha . Eventually , aku rasa nie jee yang aku patut share dengan korang . And I always use this motto, only trust to Him, we will find our path. =) Assalamualaikum.

Thursday 1 September 2011

salam lEbaran..

raya tahun ni tak gempak macam raya yang lepas2 ..
sebab kitaorang sefamily tak balik kampung ..
which is at kelantan darul naim ..
so sad .. kalau korang nak tau ..
duit raya pun dapat sikit tapi tak kisah la pasal duit raya tu ..
kitaorang nak jumpa dengan saudara2 kitaorang ..
rindu belaka kat korang tau ..
tapi nak buat camner kan , dah memang nasib kitaorang ..
anyway .. selamat hari raya for sape2 yang baca blog maz ni ..
maaf zahir dan batin ..
maz ingat nak upload pic tapi tak sempat lagi la..
kalau ada masa, maz upload kan keyh ?
just wait and see..
ready 4 some action.. haha..=p