Sunday, 3 June 2012

Sad moment =(

Sedih sedih .
Assalamualaikum . 
Alhamdulillah. Bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana masih memberikan kita semua menghirup udara milikNya pada hari ini. Masih memberikan kita peluang untuk terus hidup untuk melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya dan tidak lupa juga Dia masih terus membuka ruang untuk kita bertaubat atas apa apa sahaja dosa yang telah kita lakukan. Terima kasih Ya Rabbi.
 
Hmm. Mood : Sangatsangat sedih. Tak tahu kenapa rasa macam ni malam ni. Maybe sebab cuti sekolah dah nak habis dan memang sure tak sempat jumpa ibu dan ayah sebelum pergi ke sekolah. Hmm mengeluh# . Dan secara tak sedar nya aku dan adik dah wasted our holiday moment doing our favorite activities yang sangat sangat tak terkawal. Hahaha ketawa besar# . So, untuk entry kali ni nak share dengan korang pasal my holiday with my veryvery beloved adik. K, awin. Please jangan rasa terharu. Kenal tak budak ngada tu? tAk? Hahaha. Okay lah tu dia . Kat bawah tu . 

Tu dia>>> Mazuin Hanissa

  Okay. Sepanjang holiday ni aku banyak spent time dengan budak kat atas ni. Everything I did with her. Almost everything. Pergi pantai pun dengan dia, pergi library pun dengan dia, pergi shopping pun dengan dia, semualah dengan dia. Walaupun kadang kala dia ni agak menyakitkan hati  dan mengetest keimanan dan juga kesabaran kak long nya ni  dengan perangainya yang --- takleh mention kat sini, nanti kena marah#  tapi I really enjoyed myself this holiday with her. Her laugh, her 'loyar buruk', her perangai yang ngadangada, her manjamanja and everything la about her.

So, this is special notes for you my dear.

Dear Awin, SERIESLY , I really love you. Rasa sedih sangat nak habiskan cuti sekolah ni yang hanya tersisa beberapa hari sangat lagi. Tapi seriesly kak long rasa sedih sangat. Sedih. speechless,wipe tears#  Walaupun Awin kemaruk sangat dengan lappy tu, kak long tak kesah. Walaupun kita tak sentuh pun homework cuti ni. Hahaha. Bad habit, we need to change it dear, okayy? Balik sekolah nanti, study elok elok. Awin ada exam PENTING tahun ni. Prove to our parents yang awin boleh ikut jejak langkah kak long. Sia sia sahaja doa ibu dan ayah di Mekah kalau kita di sini tak usaha betul betul. Setiap kejayaan itu sangat manis adikku sayang oleh sebab itu setiap pengorbanan yang kita lalui sangat pahit. Jangan kecewakan ayah dan ibu. Mereka menaruh harapan besar terhadap Awin. So, sayang, jangan sedih sedih. Relakan hati tu untuk pergi sekolah awal dari kak long ye. A lot of love. 

Habis sudah leleh air mata . Ala, malu la pulak. Cuba tengok ayat aku kat atas tu. Skema giler kan? Hahaha.   Apapun, there's for you, adikku. Sekian sahaja entry kali ini. Nak pergi panggil Awin jap suruh baca entry ni . Ye lah kan entry ni kan untuk dia. malumalu, tutup muka# Awin Awin ! Meh turun jap baca entry kak long ! jerit#

Akhirul kalam, semoga Allah senantiasa memberi dan membuka peluang untuk kita terus bertaubat untuk menjejaki syurgaNya. Assalamualaikum. Moga ketemu lagi di lembaran seterusnya.   

Sunday, 27 May 2012

School Holiday without THEM .

Assalamualaikumwarrahmatullah ..


Selamat malam semua . So , how's korang punya holiday ? Enjoyed them ! Malam ni aku memang boring tahap menggila . Dan tetiba je rasa ridu teramat kat ibu , ayah dan anum .. Kak long rindu korang #sambil jerit . 
So , semua nampak title kat atas tu , sedih kan title for entry kali ni . Hurmm , memang sedih dan teramat sedih . For this holiday , ada sikit kelainan sebab MEREKA yang amat disayangi had gone for a while .
To Mekah actually . But very sepi sunyi boring bosan holiday kali ni without THEM .
Diaorang fly ke Mekah tepat jam 5.00 jam Malaysia and reached there pukul 5.15 pagi jam Malaysia . Alhamdulillah mereka telah selamat sampai dan mereka akan ke Madinah terlebih dahulu .

Ibu , Ayah and Anum ..
Rindu korang sangat sangat . Cepat cepat la balik Malaysia .
Laksanakan ibadah umrah dengan sebaiknya kat sana okay .
Doakan kami di sini jugak tau . Kami selalu doakan keselamatan korang kat sana .



     
Ibu !
Miss you dear !

#Gambar kat atas tu tak cukup lagi sorang . Aku tak ada gambar ayah . Ayah pun pergi jugak Mekah .

Sekarang tinggal aku dengan adik adik kecik . Lupa . Dengan adik sorang lagi , Awin . Maka bercutilah 
kami dengan bibik . Haha . Okay lah . Dah lewat da . Good Night . Semoga mimpi yang indah indah okay .
Keyboard off .

Thursday, 26 April 2012

HaH ! Exam diAWALkan ..

Terkejut#

Ya Allah !  Nak buat apa ni ? Ya Allah , aku tak ready lagi . Nak nangis ase . Ya Allah , aku kene struggle untuk habis studi semua chapter fom 4 ni . Ya Allah , aku kena pergi jumpa cikgu ni . Jom cepat cepat !

Tu lah antara reaksi pelajar pelajar banat Form 5 sebaik sahaja mendengar announcement dari Cikgu Izzah tentang pemberitahuan bahawa exam OTI 1 telah diawalkan . Masing masing dengan rungutan unik diaorang . Dan aku pun tergolong jugak dari one of merekamereka . Memang betul betul tak sangka . Diawalkan seminggu pulak tu . Memang hebat la JPN ! Thumbs UP for THEM . Tahniah sebab berjaya buat suprise kat kitaorang . Anyway , thanks ! 

So , kawan kawan . Dengan hari yang masih berbaki lagi dalam 5 hari ni , don't waste up your time ! Don;t wait till eleventh hour baru la kita terhegeh hegeh nak studi . Sekarang yang tak pandai , cari orang pandai ! Tuntut ilmu habis habisan dengan mereka . Walaupun result TOV kita sikit mengecewakan , let's we prove to all TEACHERS that kita boleh tebus balik kesilapan kita masa TOV ari tu . Jangan putus semangat lagi , wE still hAve enough time . Selagi tak start exam , selagi tu la kita masih ada ruang lagi untuk struggle @ berjuang ! Oke kawan kawan ! 

SEMANGAT !!!

sekian , wassalam .

Minggu Fattabi'uni

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu ..
Lama sangat dah aku tak update . Ye la , SPM is just around the corner kan . Balik pun dah tukar jadi 4 minggu sekali . Kalau ikutkan hati , memang banyak la mende yang aku nak story ngan korang , nak share apa semua  , tapi nak wat camne masa tak mengizinkan . Lepas ni , aku nak study lagi , nak on9 facebook lagi.. hehe . Busy kan aku ? baik ko angguk , kalau tak , aku cepuk karang#  Apa aku melalut ni ! Back to our topic !

Apa Minggu Fattabiuni yang aku tulis kat atas tu ?
Okey , macam ni  , Minggu Fattabiu'ni  ni adalah one of  the program hebat yang Majlis Nuqaba' Sumur Sekolah Menengah Imtiaz Dungun Atas anjurkan untuk kitaorang. Program ni berlansung lebih kurang seminggu jugak la. Program ni lebih kurang konsep dia macam program pemantapan sunnah . Kita try praktik and permantapkan balik sunnah sunnah Baginda , Habibullah , Muhammad bin Abdullah . Maksud Fattabi'uni ialah ' maka ikutlah aku  ' . Aku di situ bermaksud Rasulullah . Dan saf saf nuqaba' bagitau , moto masa Minggu Fattabi'uni ni ialah Lau Ka Na Bainana ( seandainya Rasulullah bersama kita ) .




Jadi  , dalam tempoh minggu tu , setiap kali lepas waktu solat kecuali solat Zohor , akan ada bacaan hadis hadis dari Kitab Muhammad , tentang keadaan Baginda oleh mana mana banin . Aku dah tak tahu dah nak gambarkan macam mana lagi tapi yang pasti , aku rasa program nie berjaya . Memang best giler aa . Sebab tu aku dengan besar hati menjadikan Mingg Fattabi'uni ni sebagai salah satu dari entry aku . Kalau tak best , tak hingin jugak aku masukkan . kahkahkah.



sekian , wassalam .

Wednesday, 14 March 2012

Siapa Kata Menjadi Seorang Pemimpin itu Senang ?

Bismillahirrahmannirrahim..
Alhamdulillah kerana sampai saat ni Allah masih lagi bagi peluang untuk aku post lagi entry kat blog ni, untuk awk sume baca lagi entry yang aku post nie perasan # gaya macam ramai readers je ,hehe  . Cuba tengok title post kat atas tu . Siapa kata jadi seorang pemimpin ni senang ? Sangat susah tau lagi susah dari belajar segala macam formula fizik ,biology and chemistry tu. Be a pemimpin is equal to mengendong amanah yang sangat sangat berat , yang mana kat padang Mahsyar nanti Allah akan tanya pemimpin pemimpin ni tentang amanah amanah yang sepatutnya diaorang kena +  wajib ambil peduli . Kalau dilaksanakan dengan baik , alhamdulillah . Kalau tak , minta dijauhkan . For example la , dalam konteks pelajar sekolah , jawatan tertinggi ialah ketua pelajar kan . Okey , andai kata la kan ketua pelajar ni  jenis yang tak ambil kisah pun apa yang berlaku kat sekolah , apa yang penting bagi dia , pelajar happy and cikgu cikgu okey . Kira beres la kerja dia . tkde idea sbenanya nk wat contoh# hehe . Cuba bayangkan padahal memang terang terangan maksiat berleluasa kat sekolah tu tapi NO action atau tindakan untuk cegah semua tu dari dia . Cuba fikir kat akhirat nanti kalau Allah tanya dia nak jawab apa . Ya Allah , minta kami dijauhkan dari sifat begini .


Seperti yang kita semua tahu , kita semua adalah khalifah di bumi Allah ini  . Kita menjadi pemimpin kepada diri sendiri  , memandu nafsu dari terjerumus ke jalan yang salah berpandukan Al-Quran dan sunah . Kita menjadi pemimpin kepada adik adik , saudara mara , dalam menunjukkan contoh yang terbaik untuk dijadikan ikutan . Bersyukurlah atas nikmat iman yang masih wujud dalam diri kita . Walau apa pun yang berlaku , kita masih punya Dia , tempat di mana kita perlu berserah kerana semuanya datang dari Dia .


To all pemimpin pemimpin di luar sana , selagi kita bergelar sebagai seorang pemimpin , amanah adalah satu menda yang berat untuk dijaga . Andai kita terleka walaupun sekejap , habislah kita . Andai kita tersasar , teruslah kembali kepada Dia . Hablu minallah kita kena kuat . Jiwa kita juga kena kuat . Aku dah tkde idea dah sebanarnya . Tak tahu dah nak merapu apa lagi . So , aku nak pergi jenguk homework yang tak berapa nak siap lagi tu . Semoga ketemu lagi .

Saturday, 10 March 2012

To All SPM Fighter 2012 !



Assalamualaikum semua .. 
Memang dah lama giler tak update . Ni pun nasib baik ada holiday , kalau tak, memang berhabuk , bersarang dan segala macam ber lagi lah kat blog aku ni . Orang busy la katakan . Dah memang tanggungjawab student adalah untuk study till the last breath right ? Nak nak tahun ni aku is a SPM victim and also SPM fighter . Bukan aku je tau tapi kitaorang . Ni sebab exam punya pasal la , aku makan , aku tidur , sampai  aku dalam tandas pun , still lagi teringat kat dia .Tengok kat atas tu , sampai holiday pun , saya still lagi teringat kat awk .  Wahai Mr.SPM , apasal la saya takut sangat dengan awak ni ? Awak promise tau tahun ni awak be nice to all of us ea . Soalan tu jangan la keluar yang killer killer sangat . Kesian kat kitaorang . stop your merepek-ing # 

So , this entry are dedicated to all SPM CANDIDATES 2012 ! Untuk kitakita aje . Biasalah tu bila kita duk kat rumah , mesti dah ilang dah semua semangat dan feeling nak exam , nak studi kan kan kan ? Tak lah hilang terus , cuma berkurang sedikit kan . hehe# Kalau ada kat sekolah takpe , senang je , kita tengok orang lain study , kita pun mesti akan rasa jugak feeling nak study tu . Tapi kat rumah , banyak dugaan kena hadapi tuuuu , tengok katil , rasa nak baring je , tengok lappy , rasa nak berfacebook , pokoknya macam macam la . Tapi kawan kawan ! Ayuh bangkit ! Macam yang KP kita pesan dalam musolla ari tu ,' Apa yang paling jauh dengan kita ? ' . " Masa yang telah lepas. " , jawab ramai ramai masa tu . Kita takkan dapat ulang dan beli dah masa yang telah kita buang tanpa sebarang pengisian hari tu . Maka beruntunglah bagi mereka yang betul betul menjaga masa mereka dengan pengisian yang berfaedah . Jom kawan kawan ! Kita tinggalkan segala sifat negatif kita masa cuti ni dan semaikan dengan semangat dan azam yang positif untuk bergerak ke arah kejayaan . Sesungguhnya kejayaan adalah milik kita semua . Insyaallah . Sepanjang cuti ni , jangan terlalu alpa dan leka . Istiqamah dalam menjaga ikhtilat antara kita dan Dia . Rajinkan diri untuk bangun dan sujud kepadaNya . Hanya kepada Dia tempat kita memohon dan berserah . 



Sayang korang semua sangat sangat ! Saya yakin kita semua boleh ! We must ! We must prove to everyone .

- THE END -

Korang patut rasa terharu tau time time holiday ni ,aku still jugak ingat kat korang . Siap buat entry khas lagi untuk korang . Dan untuk buat korang rasa terharu lagi , tetiba je malam ni rasa rajin plak nak menaip . 


Just for YOU all .


editted by me !

Friday, 3 February 2012

Peringatan buat diri .




TIDAK ADA PENGGANTI ALLAH BAGI DIRI KITA .

Ada seorang lelaki memasuki sebuah masjid bukan pada waktu solat , lalu ia menjumpai seorang anak kecil  yang berumur sepuluh tahun sedang melaksanakan solat dengan khusyuk . Ia menunggu sehingga anak kecil itu menyelesaikan solatnya , kemudian lelaki itu mendekatinya dan bertanya .

Lelaki              : Anak siapa wahai anakku ?

( Anak kecil itu menggeleng - gelengkan kepalanya dan menitiskan air mata di pipinya . Kemudian           mengangkat kepalanya )

Anak Kecil      : Wahai pak cik , saya seorang anak yatim piatu . 

( Lelaki itu tersentuh sekali hatinya ) 

Lelaki              : Mahukah kamu menjadi anak angkatku ? 

Anak kecil       : Apakah jika aku lapar engkau akan memberiku makan ?

Lelaki              : Ya !

Anak kecil       : Apakah jika aku tidak mempunyai pakaian , engkau akan memberi aku pakaian ?

( Lelaki itu mengangguk lagi )

Lelaki              : Ya !

Anak kecil       : Apakah engkau akan menyembuhkan aku jika aku sakit ? 

Lelaki              : Wahai anakku , aku tidak dapat melakukan itu .

Anak kecil       : Apakah engkau akan menghidupkan aku bila aku mati ?

Lelaki              : Aku juga tidak sanggup duhai anak .

Anak kecil       : Kalau demikian , wahai pak cik , serahkanlah diriku kepada 

Tuhan yang telah menciptakan aku , maka Dialah yang menunjukkan hidayah kepadaku , dan Tuhanku , yang Dia memberi makan dan minum kepadaku , dan apabila aku sakit , Dialah yang menyembuhkan aku , dan yang akan mematikan aku , kemudian akan menghidupkan aku (kembali) , dan yang amat aku inginkan akan mengampuni kesalahanku pada hari qiamat .

                       ( Surah Asy-Syua'ara : ayat 78 - 82 )

Lelaki itu pun pergi dan mengerti maksud anak kecil itu . Lantas anak kecil itu berkata . " Aku beriman kepada Allah , nescaya Dia akan memberikan kecukupan kepadanya .

Thursday, 2 February 2012

Lamanya tak hapdett !


Assalamualaikum . Akhirnya dapat jugak aku balik rumah . Letih laa duk hostel with all the useful peraturan .  takpetakpe, taun ni je pun. sabor mazy# hehe.. Banyak menda tau nak citer kat korang . Nak start dari mana ekk ? First of all , aku nak inform kat korang , now i am in exam zone ! Exam apa ? Exam TOV laaAlhamdulillah , paper BM , BI and MT dapat dijawab dengan baik tapi tak tau betul ke tak# , cuma FIZIK tadi jeng kereng nak jawab . Sori cikgu . Insyaallah , lepas ni saya akan usaha lagi . Korang doakan the best untuk aku dalam exam ni ye .. Exam ni akan berlangsung next two week lagi . Fuhh , letihh tu . Tapi , kejayaan takkan datang bergolek sendiri kan . Boring la cerita pasal mende ni . Next story la pulak yerk , nak story apa ekk . Dengan sukacitanya ingin memaklumkan sekarang aku officially one of the Majlis Perwakilkan Pelajar Imtiaz Dungun for this year . And the happiest thing is aku tak jadi biro BADAR ! Sukanyaa. Dan nak tahu siapa pegang biro BADAR ?  That is Wan Nur Aisyah , the most right person to handle this i think . My pair is Ali Khaidir , the nice one maybe. tak nak puji lebih lebih . So,congrates to all . Haha . speechless sebentar . Okey la , need to out . Keyboard off . Goodnite .


byebye ! 

Thursday, 12 January 2012

Nur Amalina .. Apa nak jadi ?

Assalamualaikum..

amalina che bakri 17 A1!

Hai semua . Hari ni hari sabtu kan kan ? So, kitaorang boleh outing . Destinasi pilihan aku untuk first outing for this year isss at home #hehe  . biasa laah , rumahku syurgaku ..  Awal awal pagi lagi ayah aku dah tunggu depan dar untuk bawa anak tersayang pulang . haha . Happy gleer . Thanks ayah . Ermm , dari sekolah tadi teeerus straight forward to our home  . Nasib baik tadi sempat jumpa ibu sebab ibu go work lewat sikit pagi ni . sempat kiss kiss dulu dengan ibu . Balik je terus melilau  cari handphone and my lappy . Rindu korang taww. And of course miss to hapdett this blog . Okeke , stop tlking noncent . Betul ke 'noncent' tu ? Pape je laa . huahua . 'eyh eyh , apasal ada gambar amalina kat atas tu ? sepupu awk kee? kalau bukan , kenape pulak entry kali ni ada gambar dia ? '. haha .. dia bukan sepupu saya la . ikut suke saya la nak post gambar sape sape pun, awk sibuk kenape . hakhak .  sori sori memain jeee. ala tomey tomey wink wink . Nak tahu kenapa aku post gambar dia ? eyt , nak gune beliau ke dia ea ? dia je laa. hehe .. kan baru nie dia ada masuk tv . Dan setelah lama tak dengar khabar berita , dia tampil dengan imej baru iaitu dengan tidak bertudung dengan hujahnya dia memang suka berfesyen . Sebenarnya kitaorang terkejut gileer dengan gaya baru kak amalina . Malas ase nak ulas panjang panjang sebab i think semua malaysian dah tahu pasal dia . Dan of course kiata semua tahu rambut ialah mahkota bagi setiap wanita dan wajib untuk ditutupi . So, in whatever we do , we must think first either its good for us or not . So, bagi kak amalina , always remember that , Pintu taubat Allah sentiasa terbuka untuk semua hamba hamba Nya . Masih belum terlambat untuk bersujud kepadaNya memohon ampun . Mari kita doakan supaya Kak Amalina mendapat hidayah dari , kerana hidayah adalah milik Allah . Akhirul kalam .. 

Sunday, 1 January 2012

First entry in 2012 !

for all of you !



Assalamualaikum semua .
Tepat detik jam 12 malam hari ni , we must say welcome to our next year , which is on tomorrow , 1 januari
2012 , tak sabar rasanya #hehe . Maka dengan automatik nya, akan berbukaklah diari baru , new books
untuk tahun depan yang akan dihiasi dengan pelbagai coretan suka suki hidup dan pelbagai kenangan yang
mengiringi . so , sayonara 2011 #sedih la pulak , huhu and welcome 2011 ! Dan dengan automatik
jugak , aku dengan rasminya menjadi salah seorang SPM candidates untuk tahun ni . So, aku sure korang
semua mesti dah ada azam baru yang harus dilaksanakan pada tahun ini , right ? Same with me . Dan tahun ni
, aku dah tak boleh nak bersuka suki lagi macam tahun lepas . hurmmm . Ye la kan , banyak tau yang perlu
aku realisasikan pada this year . Dan aku tahu yang aku boleh . Semalam , my beloved dad yang hensem tu
kumpul kami tiga puteri untuk menyampaikan amanat beliau . Ceewahh . cam hebat je kan , of course le .
muahahak #ketawa jahat . First , mesti la beliau akan cakap pasal aku . Ye la, aku kan puteri sulung kesayangan
beliau . haha . Ermm , beliau cakap apa ekk ? Lupe pulak . hehe #sori dad . Ini antara amanat beliau . 'Kaklong
, ayah nak kaklong belajar betul betul next year , stop playing . Dah takde mase da untuk semua tu . Just
fokus in your SPM . Kalau kaklong perlu pape, just bagitaw je kat ayah #hehe , masa ni aku sengeh je memanjang 
, jahat punye anak . Ayah harap sangat kaklong jadi doktor ikut jejak langkah ibu ' . Tamat la sudah amanat
beliau untuk aku . Dan amanat itu terus disambung untuk dua lagi puteri di hadapannya .


dan untuk si dia . i have something for you dear .


 Tak lama lepas tu , aku pun start berthinking , aku boleh ke buat semua ni untuk tahun depan . Nak struggle
untuk SPM , nak habiskan lagi 6 juzuk Al-Qura insyaan and become the first hafizah in my family , nak
laksanakan tanggungjawab aku lagi dekat sekolah . Fuhh, letihh tu . Then , aku teringat akan perjuangan
junjungan mulia kekasih Allah yang penuh liku dan baginda berjaya harungi semua tu . So, nothing is
impossible for me to grab all my wishes . Just always dekat dengan Allah dan sentiasa memohon pertolongan
dariNya , sure Allah akan tolong , kan kan kan ? Sedih rasa malam ni sebab esok semua dah balik ke asrama
including me . Sedih rasa nak berpisah dengan semua semua tapi tak sabar nak jumpa balik dengan semua
kawan kawan . Esok kan ramai adik adik form 4 masuk Imtiaz Atas , so Welcome to your new school , with
difference environment , different situation and many different things here . Tahun depan , jangan nakal nakal
yerk . Susah nanti kitaorang nak handle korang . Btw , best taw duk Imtiaz Atas . Enjoy yourself there . Tak
reti la nak promote promote ni . Pepon kita akan jumpa nanti . Nice to meet all of you .






welcome sayang !

Monday, 26 December 2011

Moment moment yang paling Tidak ku Tunggu !

Assalamualaikum semua ..
Ohmaigod ! korang baca tak tajuk entry kat atas tu ? Mesti korang nak tau kan saat saat apa yang aku tak tunggu sampai siap buat tajuk untuk entry kali ni . Aku paling benci saat saat ni , iaitu saat saat di mana adanya promosi promosi hebat untuk welcome back to school , di mana ibu tersayang mula bertanya " kak loong !! nak buat berapa pasang baju sekolah untuk tahun ni ?  baju kurung baru untuk tahun depan nak berapa helai ? ibu nak gi tempah ni  , and di mana kitaorang 3 beradik akan mula bersoseh soseh tentang barang barang keperluan yang mahu dibeli untuk tahun depan , nasib baik takde lagi yang buat list, hehe# . Disebabkan kitaorang 3 sweet princess , memang lah kitaorang suka kalau bab bab shopping ni esspecially kalau keluar shopping dengan ibu tersayang . Ibu kitaorang sempoi gileer . Bersyukur sebab ada ibu cam ibuu . bakpo yang wak tubik ayat supo keling ni!# . Tapi yang tak suka nya sebab dah kena masuk sekolah . Sedih sebab akan tinggal rumah , tinggal 3 prince in this palace , tinggal lappy , and need to say 'welcome' dengan terpaksa# to our booksss. Arggh ! tak nak fikir lagi la pasal ni . Ada one more week to stay at my belovedpalace , need to luangkan masa betul betul . haha . sekarang nak cakap pasal my list untuk shopping shopping nanti . Ayah ada  bagitau nak pergi gambang sebab nak celebrate birthday ibu , which is on 28 Dec , and masa tu kitaorang akan pergi shopping for our needs . Happy sangaat ! So , we start dengan these question .

Nak beli beg yang camner ekk untuk tahun depan ? Kita survey dulu . Yang pasti theme untuk tahun depan ialah warna warna yang soft gittuh . Kita try search gambar kat yahoo jap . Ya Allah ! Cutenya beg nie . Nak tengok ? Kejap yee .
kiut kan beg ni ?




beg ni pun kiut gak kan kan ?
Kalau ikutkan hati , nak je aku upload semua gambar2 yang ak upload tadi , kiut2 sangat semua beg tu , tpi nanti korang boring pulak baca entry ak . So, let's forget that stupid idea . Nanti silap2 aribulan , ada yang ingat aku nie promoter bag pulak . hoho .

Next item to think is =>  pencil case . Yang mana satu jadi idaman kalbu ni ?



miss whatever are my choices .

Next ! Apa lagi ye ? and mende2 yang wajib laar . Tadaa !





COMPLETE ! 


READY FOR SCHOOL ! haha ..

Sunday, 4 December 2011

School holiday.. boring2..

Salam.. dah lama dah maz tak update blog, kan ? Asyik2 tengok entry yang sama je.. Boring gak kan ? huahua..
Cuba korang tengok tajuk entry kali nie , school is oveerr !! Kwang3.. Orang lain dah lama post pasal entry ni tapi aku baru nak update pasal nie.. Biar la, ni kan blog aku , ikut suka aku la nak update hapa pun kan..

Perasaan aku bila school is over ? As student , of course lah happy , student mana yang tak suka scholl holiday kan kan kan. Free from any homework yang bertimbun timbun , free from any class lesson , and free from any teacher's nagging . Hooray ! sorry ckgu#  But the most sad part is when it comes to the next year , we will lost our beloved senior . They will leave us to start their new life out there and we will be the next kakak sulong in the school next year .. Huwaa !! Aku taknak ! Disebabkan kitaorang dah terbiasa dah jadi adik adik , diri ini tak sanggup dah nk jadi kakak.. Well , everyone know kan bila dah jadi kakak nie , everything needs to be control and nice in front of them. Bukan senang nak jadi senior ni kan ? haha ..
So, for all abang abang and kakak kakak yang tengah berjuang sekarang ni , wish you all the best in SPM . Insyaallah 11A+ will be yours . The worst thing is , I'm not ready to be one of SPM 's victim next year . Oh , no ! Help me ! And for sure , we will need to stay up till morning , need to give exteremly focus in the class , no more fishing in the class lesson , need to be more hardworking and everything that all SPM's victinm need to do. huhh , letih#
we will miss you , sis!

So once again , sedihh la pulak#  to all our senior in this year , all the memories that we had done together will be one of my sweetest collection memories in my entire life . Very happy to be with all of you . ignore my broken english#  although sometimes we had done maybe a little mistakes to you all. Forgive us . Wish we can meet again and to have great memory again together .. So sad kan ? And aku rasa aku akhiri entry kali ini dengan bait bait lagu english sikit.

When you're gone , the pieces of my heart are missing you .
When you're gone , blablabala.. tak ingat daa . WE WILL MISS YOU .

Thursday, 27 October 2011

Di mana cantiknya seorang muslimah Islam sejati ?


alt

Boleh jadi pada bibirnya yang tak jemu-jemu menyerlahkan senyuman manis, atau yang sekali-sekala memberikan kucupan mesra di dahi umi juga, ayah, suami dan pipi munggil anak-anak.Mungkin pada sepasang matanya yang hening yang selalu menjeling tajam atau yang kadang kala malu-malu memberikan kerlingan manja.
Atau mungkin juga pada hilai tawanya yang gemersik dan suara manjanya yang boleh melembut sekaligus melembutkan perasaan.
Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. 
Kitalah perempuan itu. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan kita perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu.
Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam.
Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah.
Anda ingin lebih cantik dan menarik?
# Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.
# Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.
# Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.
# Pakailah "sabun istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.
# Rawatlah rambut anda dengan "selendang islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki.
# Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin ukhuwwah.
# Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian."
# Bedaklah wajah anda dengan "air wudhu."

Sayang korang sampai mati ! saranghaeyo ..

Hai !! korang nampak tak tajuk entry kat atas tu? Korang rasa aku sayang sape? Adakah si dia ? Ohh, tidakk ! haha.. Malam nie aku rajin sikit nak tulis pasal kenangan aku yang korang semua takde. Jangan jeles . huhu
konon-2 nie skola aku laa ekk ..
My life in my first secondary school was started at Imtiaz Kuala Terengganu a.k.a KOSPINT . First2 masuk, memang homesick tahap giler. Ala biasa laa tu, aku kan tak pernah berpisah dengan ibu dan ayah aku ! So, tak weird la aku homesick macam orang giler kat sini. Macam2 telah aku lalui di bumi Hijau KOSPINT nie. Starting from Form One until aku in Form Three, everything pahit, masam, manis, masin telah berjaya aku lalui.. Hebat tak aku? huahua.. Batch aku masa tu ada seramai 105 members dan di bawah satu nama iaitu Batch Nuclear.. b00m!! pElbagai memori indah telah terpahat di hati setiap seorang di antara kami. Tiada apa yang dapat replace kita dalam memori ini except US ! 

Now, aku nak introduce sahabat-2 yang aku sayang gler tahap nak mati kat diaorang.. Diaorang patut bersyukur sebab ada jugak manusia yang rela sayang diaorang macam aku.. haha.. 

Dari kiri tasya, laila, saye dan naya. yang nusuk tu laa, bestfrend ak, lurve you, dear !. 

 Her name is Syilah.. Ilurveyousomuchtilltheendoftheworld..


Yang pic 3 org nie, piqoh, tasya dan syilah.. yang kiut kat tengah tu bestfrend aku.. lurve you dear !




What Happened ?

Assalamualaikum semua !
Sejak aku ada blog nie, rase macam tak sedap je kalau tak update. Bohsan asyik mengadap menda yang sama je. Tapi internet selalu buat hal. Tak memahami langsung keadaan aku sekarang. Pending laa, tu laa, ni laa, macam2 aa. Tensi0n gler ! Okeyh, aritu dah post pasal exam. Sekarang nak post pasal apa pula nie.. apa ekk ? Aku ingat nak buat masuk lagu kat side blog aku tu, tapi aku blur aa nak wat camner. Banyak kali daa aku tengok tutorial, tapi still tak paham paham . Apa nak jadi dengan aku ni? Back to our main topic ! Okeyh.. fokus2!!  Okeyh.. kepala hotak Maztura Hanim yang bergeliga telah mendapat idea . Alhamdulillah..

Thursday, 20 October 2011

Dear exam , please be nice to me . ( next year laa pulak )

Hai , semua !
korang nak tau tak, minggu ni memang kepala hotak aku busy gilerr. ye laa, sebagai exam victim, memang kena berkorban sikitt.. Fuhh.. tension tu memang la tension, tapi nak wat camner. Ni lah akibatnya studi last mnit, nanti tengok2 result yang keluar pun daa tak gempak cam dulu.. tapi, pape hal pun, kita kena usaha, doa, ikhtiar last sekali baru tawakal kepada Allah.. extereme jugak soalan2 final exam this year. Nasib baik paper +math daa lepas.. fuuhh, lega.. Lega sikit minggu ni coz JPN dengan baik hatinya bagi gap seminggu kat semua pelajar form 4 untuk merehatkan minda. pastu, baru sambung balik seminggu lagi.. usaha pun daa, ikhtiar pun daa, segala- galanya aku dah buat. sekarang daa tiba masa untuk tawakal kepada-Nya.. Biarlah Dia yang menentukan aku di mana taraf aku selepas semua usaha aku.. untuk information korang, aku take 11 subjek, so memang banyak juga laa aku kena usaha kan ? korang tolong laa jugak doakan yang terbaik untuk aku dalam exam kali ni.. Apa lagi aku nak story ni ? ha ! lupa pula.. aku pun daa makin terbiasa tidur lewat sekarang.. ye laa, bila esok exam subjek2 yang killer, memang malam tu kitaorang wajib stay up, tak kisah daa jam pukul berapa, bantai jee. rentetan dari itu, haha.. kami pun telah lewat ke musolla untuk solat subuh berjemaah.. ni laa padah nya.. dan akak2 senior pun akan mula berfikir yg tidak2 kepada kami. haha.. tpi kami tak kisah.. asalkan kami bahagia.. tapi senior jangan risau, habis jee exam, kitaorang janji kitaorang solat 6 kali sehari kat musolla.. deal ? huahaha.. tgk pic kat bwah tu.. ni laa aku ibarat nya..

feeling sick  . huwaa !

Friday, 30 September 2011

Just For Him !


SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK
Saya tahu saya tidak cantik.. Tapi, walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..
Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.
Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.
Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.
Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.
Dan kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.
Kerana saya tahu.. Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..
ANGGUN DI MATA ALLAH : SEBUAH KECANTIKAN SEJATI
Kecantikan terdiri dari 2 jenis; kecantikan lahir dan kecantikan batin.
Kecantikan batin (inner beauty) adalah kecantikan yang dicari kerana essensinya, seperti kecantikan ilmu, akal fikiran, dan kesucian diri. Kecantikan batin inilah yang merupakan titik pandang Allah pada diri hamba-hamba-Nya.
Sebagaimana yang disebutkan dalam sebuah hadis:
"Sesungguhnya Allah tidak melihat pada rupa dan postur tubuh kalian. Akan tetapi, Allah melihat pada hati kalian." (HR. Muslim).
Sebenarnya kita semua adalah makhluk ciptaan-Nya yang paling sempurna dan cantik di muka bumi ini. Allah telah menentukan sesuatu sifat dalam diri kita adalah yang terbaik. Hanya mata kita sahaja yang diselaputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian.
Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? Bukankah periuk orang lain sentiasa putih daripada apa yang kita ada? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu jauh lebih baik daripada apa yang kita miliki.
Sedangkan nabi Muhammad S.A.W sendiri telah menasihatkan kita agar melihat orang yang kurang bernasib baik. Jangan melihat orang yang lebih bertuah kerana itu akan membuatkan kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar yang sempurna dalam kehidupan seharian. Sentiasa mahukan yang lebih bagus daripada orang lain.
Kita ada biduk, tetapi dalam masa yang sama berkehendakkan serempu pula. Tidak terkecuali dengan saya. Siapa yang tidak suka mendengar pujian melangit kerana cantik, bukan?
Ketika zaman bersekolah, semuanya kena bersaing atau sekurang-kurangnya sama dengan kawan-kawan. Pakai baju ketat, seluar sendat, dari tudung sehinggalah kepada kasut, kalau boleh semua mengikut peredaran fesyen. Pendek kata melaram berlebihan. Cuba bayangkan betapa banyak dosa yang terpaksa saya tanggung semata-mata untuk kelihatan trendy seperti itu? Syukurlah kesedaran datang sebelum lebih banyak dosa terkumpul.
Sekarang ini nak pergi mana pun, satu yang sentiasa perlu tanamkan dalam kepala adalah "bersederhana dalam berfesyen". Cukup dengan hanya menempel "wudhu'" di wajah, bertudung dan tidak memakai pakaian ketat yang menonjolkan bentuk badan.
Untuk itu, mari kita belajarlah untuk berkata Alhamdulillah dengan apa yang ada pada diri kita. Sedarlah, kecantikan bukan terletak pada secantik mana fizikal kita dilihat oleh mata orang lain, atau 'setrendy' mana pakaian yang telah membaluti tubuh masing-masing. Tetapi secantik mana kita di mata Allah.